Friday, February 5, 2010

cheese nan


craving for cheese nan this week.

almost everyday aku makan cheese nan tanpa jemu.
tadi, dari akademi seni budaya dan warisan a.k.a ASWARA, aku ke Damansara dengan mohd hafiz sbb katanya ade cheese nan yang sangat sedap kat sana. bila sampai ke kat kedai tu*dharos restoran kat area damansara utama*, rupa rupanya kedai tu da tak jual cheese nan. arghhhh. aku sanggup menempuh jalan jam selama 1jam setengah just untuk makan kat situ. huh. pastu ke Kelana Jaya SS2. cari mapley jual cheese nan gak. tapi last last aku makan KFC je. huh. tak puas makan sebab tak dapat cheese nan. aku akan pastikan esok aku makan cheese nan.


oh, cheese nan.
korang bayangkan, roti yang penuh dengan cheese. cicah dengan kari ayam mapley yang pekat. wallaweh. sedap gila weh!


Wednesday, February 3, 2010

ramble di tengah malam

bercuti selama seminggu. rasa heaven gila. tak nak fikir pasal kerja.

di kl hari ini.

pergi ke powernode sdn bhd di section 27 shah alam with mohd hafiz. ke sana because atas permintaan encik asri *powernode's managing director*. his company is one of IA's customer. aku di offer kerja dengan powernode. offer yang lagi best dari IA. work environment yang lagi best *i guess*. since that company owned by orang melayu, maybe work environment lagi best. datang ke sana just to discuss pasal skop kerja and briefly pasal company. so far aku interested dengan that company but aku tak decide untuk bekerja dengan dorg lagi.

after that rushing to section 24, amik TAM *bestfriend of mohd hafiz*, then bawa dia ke damansara perdana sebab dia nak beli gitar di guitar store. after 4 tahun just dengar cerita pasal tam dari mulut mohd hafiz, finally hari ni baru aku dapat jumpa tam. talkactice sangat! I told you, dari saat pertama aku jumpa dia until saat terakhir, dia keep on talking and talking and talking. serius! lepak makan di syed bistro section 3 until 1230mlm. penat gila and aku memang flat.

sampai rumah, aku tak boleh tido.

mengenangkan nasib.
i always wish if i could turn back time.
kalau la aku belajar rajin rajin....
kalau la aku tak main main....
kalau la aku....
kalau la aku....

to many 'kalau'.
recently selalu sangat pandang belakang. ntah kenapa ntah. maybe regret pada banyak perkara. hati tak tenang sekarang. sebab tu fikir bukan bukan. ntahla.
selalunya aku ingatkan diri sendiri supaya jangan pandang belakang lagi, teruskan berjalan. but tak mampu rupanya. mesti nak jugak ingat benda benda yang da lepas. tu yang timbul banyak sangat 'kalau'.

aku terlalu gopoh buat keputusan ke sampai banyak jalan salah yang aku pilih?
sedih. nak menangis sangat. tapi rasanya air mata untuk masalah ketidakstabilan hidup da kering. tinggal air mata untuk kesedihan lain je ade la. hehe. gila.

mohd hafiz tido je.
langsung tak nak layan aku walaupun banyak kali aku kacau dia.
selfish. dia tahu aku tengah sakit kepala sebab period pain yang teruk.
aku benci dia.

kepala aku berat. banyak masalah sejak jadi seorang pekerja. tak happy.
aku tak sabar nak tunggu bulan 6. nak continue study. but still in the middle. either master in electrical engineering or master in business admin.


Thursday, January 28, 2010

cuti, interview dan decision.

esok ade interview di melaka with company yang sangat super for electrical engineer. aku tak rasa aku dapat. but shud try. tomorrow at 9am. doakan aku dapat.

tonight balik melaka dan aku akan bercuti sehingga jumaat depan. best.


yahoooo.

If dapat kerja baru di melaka tomorrow, bye bye IA.
If tak dapat pun, bye bye IA.


Life is all about decision.
Everyday kita ada option and we have to decide either YES or NO.

Tuesday, January 26, 2010

tenaga


Ibu kata:
takde rezeki kak ngah. nanti kalo dia open balik, kak ngah mintak lagi. sementara ni sabar jela. lagipun kak ngah nak sambung belajar nanti kan.

Mohd Hafiz kata:
takde rezeki kot mama. mane tau nanti mama dapat offer better than TNB. mama kena sabar je eh. kalau mula mula susah, nanti last last sure tuhan bagi yang senang pulak.

Shasha kata:
takde rezeki tu cah. ko jangan la sedih sangat. ada hikmah. nanti ko balik kita jumpa eh.

As conclusion,
takde rezeki aisyah. Try next time.


But, aku masih kecewa. kecewa yang amat sangat. masih pedih. perghh. hmmm.

tak semua yang kita nak, kita akan dapat.

hadapi dengan senyuman wahai nur aisyah.
pasti sesuatu yang indah menunggu anda di depan sana. teruskan berjalan tanpa henti okey.



fellas,
pray for me.

Monday, January 25, 2010

isnin yang bosan

monday.

cm biasa, aku akan hadapi monday blues mcm orang lain jugak. perasaan tak nak keje membuak buak skarang ni. tapi aku kena datang keje jugak since report pun tak hantar lagi.

tak sabar menanti chinese new year ni because company aku bercuti seminggu. yes. aku tak sabar. banyak benda aku nak settlekan masa tu.

plus, muka aku semakin mengelupas dan sangat la hodoh *cubaan memutihkan muka*. proses mengelupas still on progress. keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang semakin kurang. haha. tapi aku pasti, hasilnya memberangsangkan. hehe.

bak kata mohd hafiz.
jangan muka je putih tapi tangan hitam.

ciss.


huh.
kejap lagi ade meeting. aku tau bos aku nak compalaint pasal report.
sumpah! last week aku malas keje. aku menipu je report tu.
mampus aku!

Thursday, January 21, 2010

makcik tu nama dia naemah.

smlm ke PPUM, dengan niat yang murni aku nak derma darah for kanak2 thalasemia. aku sampai ke PPUM almost 430pm. aku orang terakhir yang derma darah for that day. yang peliknya, masa aku sampai tu baru pukul 430 ptg but nurse-nurse *exspecially makcik naemah* da siap-siap nak pulang da. padahal baru je pukul430ptg. yang bestnya dia siap sound aku, dia kata "kalo nak datang, datang awal. kitorang da nak balik". hmm. bukan ke balik pukul 5ptg makcik? haishh. makcik makcik.
masa nak cucuk tangan aku ngan jarum, dia siap mengomel yang vain aku jauh ke dalam. almaklumlah, aku da gemuk skg kan. bukan ke tu tugas dia cari vain aku sampai dapat? makcik makcik.
agak bengang gak la aku dapat layanan macam tu daripada makcik naemah tu. tapi xpela. setelah di suap ngan secawan milo and 2 keping roti gardenia coklat, aku ok la. bleh je lupakan makcik naemah tu. huhu.
before keluar, doktor tampal plaster kat tangan tempat cucuk jarum *which is actually keje makcik naemah*. aku nampak da muka doktor tu da bengang sbb makcik naemah sibuk nak balik sangat.
then terbukti doktor tu bengang dengan makcik naemah bila doktor tu cakap,
"if you treat people nicely, sure they will come to us again".
and aku tau dia tujukan kat makcik naemah yang da lama keluar dari wad and sedang berebut beratur nak punch card.
Puas hati aku sebab doktor pun marah makcik naemah. haha.

keluar dari hospital, aku jalan laju laju ke kereta sbb masa tu aku rasa macam nak pitam.
setelah aku start engine kereta, aku suruh yatie mengucap dulu since dia jadi co-pilot aku. aku tau yatie cuak takut aku pengsan masa drive. haha.
Alhamdulillah, ktorang sempat sampai ke rumah tanpa aku pengsan ketika drive. haha.

Tuesday, January 19, 2010

Question: accept or decline ?

Tak perlu sempurna untuk bermula but kita mesti bermula untuk sempurna

Hmm. Ya Allah, kalau ini jalan yang terbaik untuk aku, Kau tetapkanlah keputusan aku dan Kau kuatkan semangat aku. Amin.

Sunday, January 10, 2010

Genting Highland


ke Genting Highland lagi 8 -9 Jan 2010. after 2 years tak ke sana.
best gila weh. pergi ke sana berempat dgn mohd hafiz, shasha and abang ipar kesayangan aku, abung.
pergi ke sana hari jumaat pukul 1.30ptg and sampai dalam pukul 230ptg. turun from Genting Highland kol 3ptg hari sabtu. then stay kat kl until ahad.
and now, after 2 hours mohd hafiz, shasha and abung balik, aku start miss all the moment masa kat Genting Highland. Miss sangat sangat. plus, bila terfikir esok nak kena keje da. aaarrrghhh. moral down.
boleh tak nak mintak doraemon turn back time ke jumaat balik? because aku nak holiday lagi dengan diorg exspecially mohd hafiz. oh, miss miss.

duit gaji da abes da. macam mane?


thanks alot shasha, abung and mohd hafiz sayang. next time we plan for another holiday ok. tak nak yang trill trill lagi *thanks to flying coaster yang berjaya buat air mata aku tumpah dan tekak aku sakit.
after this nak holiday yang relax relax lak ok. langkawi jom korang!

kat bawah ni ada video pendek after kitorg sampai Genting Highland.

video

Saturday, January 9, 2010

karaoke time








last thursday nite, aku yatie and nik sempat ke karaoke kat alamanda. saje untuk menghilangkan stress bekerja. melalak selama satu jam cukup memenatkan. tercungap cungap jugak la nak menghabiskan masa tu. but sangat seronok dan enjoy gila. hilang sekejap masalah masalah yang terbeban kat kepala. thanks korang.

tetiba teringat. alangkah indahnya kalau aku masih seorang pelajar di UNITEN. kinda miss that moment. *sigh*

Wednesday, January 6, 2010

ketabahan sgt diperlukan.

Ya Allah, tabahkanlah hati aku. Kuatkanlah semangat aku untuk terus berusaha mencari kejayaan. Cerahkanlah masa depanku. Berilah aku peluang dan tunjukkanlah aku jalan untuk berjaya mendapat apa yang aku mahu dalam hidup ini. Kuatkan semangatku Ya Allah. Aku memohon pertolongan dari-Mu.
Amin.


Friends,
Pray for me!